DSC_0777-1
Picture of Panorama Langkawi

Panorama Langkawi

Majlis Perasmian Projek Naik Taraf LADA-PLSB Farm PEB Helang

Langkawi, 28 Mac 2022- Panorama Langkawi Sdn. Bhd. (PLSB) dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) melaksanakan projek berkonsepkan pertanian melalui LADA-PLSB Farm iaitu salam satu inisiatif di bawah Projek Ekonomi Baru (PEB), Pelan Hala Tuju Ekonomi Langkawi (HELANG) bagi memperkasakan ekonomi komuniti setempat.

Projek tanaman buah-buahan dan sayur-sayuran fasa kedua ini diteruskan dengan menaik taraf LADA-PLSB Farm melalui pembinaan dua struktur pelindungan hujan bersaiz 40 x 80 kaki dan 20 x 20 kaki, pagar elektrik dan penanaman buah Golden Melon yang bernilai tinggi secara berperingkat. Seramai empat orang peserta telah menjayakan projek tanaman di sini dan akan mengusahakan penanaman Golden Melon menggunakan sistem fertigasi.

“Syukur alhamdulillah, kerja menaik taraf LADA-PLSB Farm yang bermula pada 22 Mac 2022 ini telah siap sepenuhnya pada hari ini. SPH merupakan struktur bumbung yang melindungi tanama di bawahnya daripada hujan lebat dan pancaran cahaya matahari. Struktur ini juga berfungsi mengelakkan tanaman daripada menjadi terlalu cepat layu selain melindunginya daripada terkena jangkitan penyakit terutamanya semasa musin hujan.” ujar YBrs. Tuan Nasaruddin Bin Abdul Muttalib, Ketua Pegawai Eksekutif LADA.

PLSB dan LADA berharap agar projek naik taraf ini akan memberi manfaat ekonomi kepada para peserta PEB HELANG untuk meningkatkan pendapatan melalui penanaman Golden Melon.

Share this post

Similar posts you might like...

Ulang Tahun SkyCab ke 22

Penyerahan cek untuk penyewa yang terjejas semasa peristiwa banjir 2024 Wakil Penyewa Penyerahan Sumbangan Langkawi Prihatin Perasmian Mai Langkawi La Nie Oleh Dato’ Haslina Perasmian Surau Baharu

Read More »

Sumbangan kepada Keluarga dan Kakitangan PLSB yang Ditimpa Bencana Ribut dan Banjir

Sumbangan kepada keluarga dan kakitangan Panorama Langkawi Sdn Bhd yang ditimpa bencana akibat ribut dan banjir baru-baru ini. Sumbangan ini diasampaikan oleh Tuan Ir Abu Hashim Bin Abdul Rahman, Pemangku Ketua Pegawai Operasi PLSB. Semoga sumbangan ini dapat membantu sedikit sebanyak kos baik-pulih keroksakan yang berlaku. https://panoramalangkawi.com/wp-content/uploads/2024/09/video_csr_banjir_2024-09-25_12-47-00.mp4

Read More »
Scroll to Top