Jelajah Ramadan Siri 3, 2026

11 Mac 2026 (Rabu) – Jelajah Ramadan (JeRam) Siri 3, 2026 telah berlangsung dengan ceria dan jayanya di Masjid Ar Rahman, Kg. Gelam, Kedawang sebagai platform Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) bersama anak syarikat Panorama Langkawi Sdn Bhd melaksanakan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan mendekati komuniti setempat melalui pendekatan turun padang.
 
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Ustaz Ash Shukri Bin Shaari, Imam, Jawatankuasa Masjid Ar-Rahman, Kg. Gelam dan komuniti setempat di kawasan Kg. Gelam dan Kedawang atas kerjasama dalam menjayakan program ini.
Program dimulakan dengan aktiviti penyediaan bubur lambuk secara gotong-royong oleh Jawatankuasa Masjid, Panorama Langkawi Sdn Bhd dan LADA sebelum diedarkan kepada komuniti setempat. Program diikuti dengan sesi sumbangan CSR kepada 36 penerima daripada YBhg. Datuk Seri Haji Iskandar bin Datuk Haji Mohd. Kaus, Ketua Pegawai Eksekutif LADA dan Ir Abu Hashim bin Abd Rahman, Pemangku Ketua Pegawai Operasi PLSB. Pemberian sumbangan CSR kepada 36 penerima juga bersempena ulang tahun LADA yang ke-36 pada tahun ini.
Program diteruskan dengan serahan projek Kampung Angkat Madani bagi tahun 2025. Sijil penghargaan telah disampaikan kepada 10 pelaksana projek yang terdiri daripada komuniti setempat. 9 Projek KAM Kg. Gelam 2025 yang telah berjaya dilaksana iaitu:
 
1. Dewan Terbuka Komuniti Masjid Ar-Rahman, Kg. Gelam
2. Naik Taraf Bumbung Masjid Ar-Rahman, Kg Gelam
3. Projek Pemasangan Mozek Dewan Terbuka Kg. Gelam
4. Naik Taraf Pagar Kubur Kg. Gelam
5. Pencahayaan Lampu Solar di sekitar kampung dan Tanah Perkuburan
6. Naik Taraf Parkir Pelajar SMK Kedawang
7. Projek Kawasan Menunggu Murid, SK Kedawang
8. Naik Taraf Dewan Terbuka SK Kedawang
9. Membina Pondok Motorsikal SMK Kedawang
 
Terima kasih sekali lagi kepada semua pihak yang telah menjayakan program JeRam Siri 3, 2026 dan sesi serahan projek KAM Kg. Gelam 2025. Semoga program ini menyemarakkan semangat Ramadan, mengeratkan silaturahim serta membawa keberkatan kepada semua pihak.
Kementerian Kewangan
Malaysia MADANI

Sumber : Facebook Langkawi Development Authority

Scroll to Top