PEB11
Picture of Panorama Langkawi

Panorama Langkawi

Majlis Pelancaran & Perasmian LADA-PLSB Farm

 

Pada 16 Disember 2020, Ketua Pegawai Eksekutif LADA merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah PLSB, Dr Ahmad Hezri Adnan, telah merasmikan LADA-PLSB Farm. Lada-PLSB Farm merupakan satu projek CSR LADA dan PLSB dibawah Pelan Hala Tuju Ekonomi Langkawi atau HELANG bagi membantu masyarakat yang terkesan dengan Pandemik COVID-19 yang melanda negara pada ketika ini. Projek ini mempunyai 7 orang peserta yang hilang punca pendapatan. Para peserta diagihkan untuk mengusaha 4 jenis tanaman iaitu Sawi, Kangkung, Bayam dan Kacang Bendi. Semua peserta diberi latihan teori dan amali oleh konsultan bertauliah Lang Agro Sdn Bhd. Sayuran yang ditanam bebas racun dan semi-organik. 

#LadangLADAPLSBFARM #SayuranBebasRacun#SayuranSegarDariLadang #LADA #PLSB

Share this post

Similar posts you might like...

Voyage De Patron 2025

We were truly honored to welcome the wonderful delegates of #VoyageDePatron2025 to the breathtaking heights of Langkawi SkyCab!Your presence made this day even more special, and we hope you enjoyed the ride above our lush rainforests and stunning seascapes as much as we enjoyed hosting you.From all of us at Langkawi SkyCab –THANK YOU & TERIMA

Read More »

Lawatan Rasmi Menteri Kewangan II Ke Langkawi SkyCab

YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II, telah mengadakan lawatan rasmi ke Langkawi SkyCab semalam sebagai sebahagian daripada tinjauan beliau ke atas inisiatif pelancongan strategik dan pembangunan ekonomi setempat di Pulau Langkawi. Dalam lawatan ini, YB Menteri telah diberi taklimat oleh pihak pengurusan Panorama Langkawi Sdn Bhd berkenaan operasi SkyCab, pencapaian semasa,

Read More »

Ulang Tahun SkyCab ke 22

Penyerahan cek untuk penyewa yang terjejas semasa peristiwa banjir 2024 Wakil Penyewa Penyerahan Sumbangan Langkawi Prihatin Perasmian Mai Langkawi La Nie Oleh Dato’ Haslina Perasmian Surau Baharu

Read More »

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top