Majlis Perasmian Machichang Strawberry Farm telah disempurnakan oleh YBhg. Dr Ahmad Hezri Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif LADA merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah PLSB. Program kerjasama antara PLSB dan Lang Agro Sdn Bhd ini akan memberikan pengalaman yang baru kepada pengunjung. Projek ini adalah projek rintis tanaman strawberry hidroponik di Langkawi. Sebanyak 400 pokok strawberry sebagai pemulaan projek Machinchang Strawberry Farm ditanam di Puncak Gunung Machichang.
Sumbangan Back To School 2022
31 Mac 2022 | Panorama Langkawi Sdn Bhd (PLSB) merupakan anak syarikat Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA). Program Back to School ini diadakan bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar yang memerlukan dalam fasa pembukaan semula sesi persekolahan bagi tahun 2022. Sumbangan ini diberikan kepada pelajar-pelajar disekitar Pulau Langkawi yang terpilih sebagai penerima sumbangan. Seramai 133 orang pelajar telah