CSR_backtoschool_2022_6
Picture of Panorama Langkawi

Panorama Langkawi

Sumbangan Back To School 2022

31 Mac 2022 | Panorama Langkawi Sdn Bhd (PLSB) merupakan anak syarikat Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA). Program Back to School ini diadakan bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar yang memerlukan dalam fasa pembukaan semula sesi persekolahan bagi tahun 2022. Sumbangan ini diberikan kepada pelajar-pelajar disekitar Pulau Langkawi yang terpilih sebagai penerima sumbangan. Seramai 133 orang pelajar telah menerima sumbangan ini yang diserahkan oleh YBrs. Tuan Zubir Ahmad Ahli Lembaga Pengarah PLSB merangkap Pengerusi Jawatan Kuasa CSR PLSB. Turut hadir bersama Cik Saniah Ismail Ahli Lembaga Pengarah PLSB merangkap Ahli Jawatan Kuasa CSR PLSB dan Tuan Ir Abu Hashim Abdul Rahman Ketua Jabatan Kejuruteraan PLSB bersama-sama di dalam program yang berlangsung pada hari ini. Pihak syarikat berharap dengan adanya sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan kewangan keluarga pelajar.

-Urusetia CSR PLSB-

#LADA#PLSB#CSR2022#BACKTOSCHOOL

Share this post

Similar posts you might like...

Lawatan Rasmi Menteri Kewangan II Ke Langkawi SkyCab

YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II, telah mengadakan lawatan rasmi ke Langkawi SkyCab semalam sebagai sebahagian daripada tinjauan beliau ke atas inisiatif pelancongan strategik dan pembangunan ekonomi setempat di Pulau Langkawi. Dalam lawatan ini, YB Menteri telah diberi taklimat oleh pihak pengurusan Panorama Langkawi Sdn Bhd berkenaan operasi SkyCab, pencapaian semasa,

Read More »

Ulang Tahun SkyCab ke 22

Penyerahan cek untuk penyewa yang terjejas semasa peristiwa banjir 2024 Wakil Penyewa Penyerahan Sumbangan Langkawi Prihatin Perasmian Mai Langkawi La Nie Oleh Dato’ Haslina Perasmian Surau Baharu

Read More »
Scroll to Top