skywalk-7
Picture of Panorama Langkawi

Panorama Langkawi

Eagle’s Nest Skywalk Langkawi

LANGKAWI: Eagle’s Nest Skywalk Langkawi yang menjadi tarikan terbaharu pulau peranginan ini dijangka dibuka kepada orang ramai selepas pembinaannya siap sepenuhnya dalam tempoh dua bulan lagi.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata projek tersebut yang dimulakan pada 2019 sebelum ini menghadapi pelbagai cabaran termasuk tempoh pandemik COVID-19 yang menyebabkan kerja-kerja pembinaannya ditangguhkan.

“Namun kini kerja-kerja pembinaan sudah menghampiri 100 peratus, jadi saya mengucapkan tahiah kepada MBI Kedah (Perbadanan Menteri Besar Kedah) dan syarikat Baron Group yang terbabit dalam projek ini yang telah berusaha dari peringkat awal sehinggalah ke tahap ini.

Projek ini adalah 100 peratus diilhamkan, direka bentuk dan pembinaannya oleh anak-anak tempatan sekali gus membuktikan anak-anak Kedah ini berupaya membangunkan projek ikonik yang bertaraf dunia,” katanya ketika berucap pada majlis praperasmian Eagle’s Nest Skywalk Langkawi di sini semalam.

Terletak di puncak Gunung Machinchang pada ketinggian 650 meter dari aras laut, Muhammad Sanusi berkata pembinaan Eagle’s Nest Skywalk yang menelan kos RM30 juta direka bentuk dengan mengambil ilham daripada ikon Langkawi iaitu burung helang.

Katanya, Eagle’s Nest Skywalk yang memiliki dek langit sepanjang 38 meter dan merupakan ‘free standing skywalk’ terpanjang di dunia dijangka berupaya menarik lebih ramai pelancong ke pulau bebas cukai tersebut.

Sementara itu, Muhammad Sanusi berkata penglibatan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri seperti MBI Kedah bersama-sama syarikat swasta dalam projek pembangunan di negeri ini penting khususnya untuk industri pelancongan.

Katanya, jalinan kerjasama GLC bersama penggerak industri khususnya di pulau peranginan ini dapat mengembangkan lagi potensi pembangunan ekonomi dan pelancongan di Kedah.

“Saya berharap projek-projek baharu yang lain akan terus dibangunkan dan mampu memberikan impak yang positif seterusnya limpahan ekonomi yang dapat dinikmati oleh penduduk Langkawi Permata Kedah yang kita cintai ini,” katanya.

Share this post

Similar posts you might like...

Ikrar Bebas Rasuah Bersama SPRM

Hari ini menjadi saksi komitmen Panorama Langkawi Sdn. Bhd. dalam menolak rasuah! ✊ Dengan termeterainya Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama SPRM Negeri Kedah, kami berdiri teguh dalam memastikan integriti, ketelusan dan kebertanggungjawaban menjadi budaya kerja utama. Bersama kita bina masa depan yang lebih bersih dan bebas rasuah! 🇲🇾 #BebasRasuah #SPRM #langkawiskycab #panoramalangkawi

Read More »

Majlis Perkhidmatan Cemerlang PLSB 2024

https://panoramalangkawi.com/wp-content/uploads/2025/06/APC-24-lightway.mp4Seramai 104 penerima telah diraikan dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Panorama Langkawi Sdn. Bhd. (PLSB) bagi tahun 2024.Penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haslina, Pengerusi Lembaga Pengarah PLSB, bersama barisan Ahli Lembaga Pengarah yang lain.Sekalung tahniah diucapkan kepada semua penerima atas pencapaian cemerlang yang telah ditunjukkan. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga

Read More »

Selamat Datang Delegasi Dinas Kebudayaan dan Pariwisata Aceh ke Langkawi SkyCab!

https://panoramalangkawi.com/wp-content/uploads/2025/06/deligasi-dinas.mp4Kami di Langkawi SkyCab amat berbesar hati menerima kunjungan delegasi dari Dinas Kebudayaan dan Pariwisata Aceh, Indonesia hari ini.Lawatan ini menjadi ruang yang bermakna untuk berkongsi ilmu, pengalaman dan peluang kerjasama dalam memperkukuh industri pelancongan serantau.Semoga hubungan dua hala ini terus mekar dan membuka lebih banyak pintu kerjasama pada masa hadapan. #LangkawiSkyCab #lawatanrasmi #DINAS #pariwisata #indonesia #malaysia

Read More »
Scroll to Top