Majlis Perasmian Gloria Jean’s Coffee By Panorama Langkawi

26 Januari 2026 (Isnin) – Gloria Jean’s Coffees Malaysia terus mengukuhkan kehadiran jenamanya dengan pembukaan outlet ke-49 di Malaysia, kini secara rasmi dibuka di Oriental Village, Langkawi.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Seri Haji Iskandar bin Datuk Haji Mohd Kaus, Ketua Pegawai Eksekutif LADA merangkap Ahli Lembaga Pengarah Panorama Langkawi Sdn Bhd, sekali gus menandakan kerjasama strategik antara Gloria Jean’s Coffees Malaysia dan Panorama Langkawi Sdn Bhd selaku francaisi baharu. Ucapan aluan pula disampaikan oleh Yang Berusaha Ms. Tham Yue Foon, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia International Franchise Sdn Bhd (MyFranchise). Turut memeriahkan Yang Berusaha Puan Norazizah binti Zakaria, Ketua Pegawai Kewangan dan Operasi, Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS).

Pembukaan ini bukan sahaja memperluaskan rangkaian Gloria Jean’s di lokasi tumpuan pelancong, malah menyokong pembangunan industri F&B, menggalakkan keusahawanan francais tempatan serta merancakkan ekonomi dan pelancongan Langkawi.

Terima kasih kepada Pernas, rakan strategik, barisan pengurusan dan semua pihak yang menjayakan pembukaan ini.

Jom nikmati pengalaman kopi premium sambil menikmati keindahan Langkawi!

Panorama Langkawi Sdn Bhd
Perbadanan Nasional Berhad – Pernas
Gloria Jean’s Coffees
Naturally Langkawi
Langkawi UNESCO Global Geopark

#GloriaJeansMalaysia #OrientalVillageLangkawi #PelanconganLangkawi #IndustriFNB #FrancaisMalaysia LADA PanoramaLangkawiSdnBhd

Scroll to Top