D-connect
Picture of Panorama Langkawi

Panorama Langkawi

Pelancaran Infotainment Panel & Interkom serta D-Connect (Panel Kawalan)

LANGKAWI: Syarikat pengendali kereta kabel SkyCab, Panorama Langkawi Sdn Bhd (Panorama Langkawi) membelanjakan RM8.2 juta bagi menaik taraf sistem keselamatan kemudahan itu demi menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna.

Sebanyak RM4.4 juta diperuntukkan untuk pemasangan sistem kawalan kereta kabel dikenali sebagai D-Connect dan RM3.8 juta lagi untuk projek pemasangan interkom dan peranti maklumat dalam gondola.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Wan Kamarul Faisal Wan Kamardin, berkata menerusi D-Connect, pengendali kemudahan itu dapat mengesan kerosakan dengan cepat, manakala interkom pula membolehkan komunikasi dua hala ketika kecemasan.

“Paling menarik, sistem D-Connect boleh diakses menerusi internet dan syarikat yang membangunkan kereta kabel, Doppelmayr dari Austria boleh melakukan diagnostik kerosakan secara dalam talian.

“Ini antara nilai tambah yang kita lakukan bagi menjamin keselamatan dan keselesaan pengunjung berada pada tahap tertinggi, khususnya menjelang Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA ’23),” katanya pada sidang media selepas pelancaran sistem D-Connect, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengurus Bahagian Pelancongan LADA, Dr Azmil Munif Mohd Bukhari dan Pemangku Ketua Pegawai Operasi Panorama Langkawi, Abu Hashim Abd Rahman.

Wan Kamarul Faisal menambah, peranti maklumat itu dipasang dalam setiap gondola dan membantu pengguna mendapat maklumat berkaitan produk pelancongan, sekali gus menjadikan percutian mereka ke pulau itu pengalaman yang menyeronokkan.

Panorama Langkawi adalah anak syarikat LADA, dipertanggungjawab mengendali perkhidmatan kereta kabel, antara produk pelancongan popular di pulau pelancongan itu sejak 20 tahun lalu.

Sumber daripada Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/05/1102765/rm82j-naik-taraf-sistem-keselamatan-kereta-kabel-langkawi

Share this post

Similar posts you might like...

Ikrar Bebas Rasuah Bersama SPRM

Hari ini menjadi saksi komitmen Panorama Langkawi Sdn. Bhd. dalam menolak rasuah! ✊ Dengan termeterainya Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama SPRM Negeri Kedah, kami berdiri teguh dalam memastikan integriti, ketelusan dan kebertanggungjawaban menjadi budaya kerja utama. Bersama kita bina masa depan yang lebih bersih dan bebas rasuah! 🇲🇾 #BebasRasuah #SPRM #langkawiskycab #panoramalangkawi

Read More »

Majlis Perkhidmatan Cemerlang PLSB 2024

https://panoramalangkawi.com/wp-content/uploads/2025/06/APC-24-lightway.mp4Seramai 104 penerima telah diraikan dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Panorama Langkawi Sdn. Bhd. (PLSB) bagi tahun 2024.Penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haslina, Pengerusi Lembaga Pengarah PLSB, bersama barisan Ahli Lembaga Pengarah yang lain.Sekalung tahniah diucapkan kepada semua penerima atas pencapaian cemerlang yang telah ditunjukkan. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga

Read More »

Selamat Datang Delegasi Dinas Kebudayaan dan Pariwisata Aceh ke Langkawi SkyCab!

https://panoramalangkawi.com/wp-content/uploads/2025/06/deligasi-dinas.mp4Kami di Langkawi SkyCab amat berbesar hati menerima kunjungan delegasi dari Dinas Kebudayaan dan Pariwisata Aceh, Indonesia hari ini.Lawatan ini menjadi ruang yang bermakna untuk berkongsi ilmu, pengalaman dan peluang kerjasama dalam memperkukuh industri pelancongan serantau.Semoga hubungan dua hala ini terus mekar dan membuka lebih banyak pintu kerjasama pada masa hadapan. #LangkawiSkyCab #lawatanrasmi #DINAS #pariwisata #indonesia #malaysia

Read More »
Scroll to Top