Acara
Panorama Langkawi Sdn. Bhd. (PLSB)


Majlis Pelancaran & Perasmian LADA-PLSB Farm
Pada 16 Disember 2020, Ketua Pegawai Eksekutif LADA merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah PLSB, Dr Ahmad Hezri Adnan, telah merasmikan LADA-PLSB Farm. Lada-PLSB Farm merupakan satu projek CSR LADA dan PLSB dibawah Pelan Hala Tuju Ekonomi Langkawi atau HELANG bagi membantu masyarakat yang terkesan dengan Pandemik COVID-19 yang melanda negara pada ketika ini. Projek ini


Lawatan JKR Melaka di Langkawi SkyCab
Lawatan JKR Melaka di Langkawi SkyCab dan Langkawi SkyBridge. Terima kasih diucapkan kepada semua delegasi dari JKR Negeri Melaka kerana sudi melawat kami.


Lawatan Kerja YBTM Sumber Manusia & Ahli Majlis Negara Bagi Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (MNKKP)
Pada 23 Ogos 2020, PLSB telah menerima lawatan daripada YBTM Sumber Manusia & Ahli Majlis Negara bagi Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (MNKKP)


Sumbangan Barang Keperluan Sepanjang PKP( Covid-19) dan Ihya’ Ramadhan
Pada 22 April 2020, pihak PLSB telah berkunjung ke Surau Raudatul Jannah, Kuala Teriang untuk menyalurkan sumbangan barang keperluan sepanjang PKP (Covid-19) serta Ihya’ Ramadhan. Sumbangan ini telah diberikan kepada asnaf/fakir miskin , anak yatim, ibu tunggal dan OKU. Sumbangan ini juga telah dia agihkan kepada mereka yang memerlukan di sekitar Kuala Teriang, Langkawi.


Projek Food Bank Asnaf Care PLSB bersama LADA
Pada 10 APRIL 2020 Panorama Langkawi Sdn. Bhd. (PLSB), anak syarikat Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) menjalankan tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) dengan menyampaikan sumbangan bernilai RM31,000.00 kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK)bagi menjayakan projek Food Bank Asnaf Care untuk 29 buah masjid di sekitar Langkawi. Projek Food Bank Asnaf Care


Program CSR Panorama Langkawi Sdn Bhd (PLSB) bersama Pegawai Keselamatan (PDRM dan ATM)
Pada 27 Mac 2020, PLSB bersama dengan pihak LADA telah melansungkan sebuah program CSR bersama anggota keselamatan (PDRM dan ATM) yang bertempat di Ibu Pejabat Polis Langkawi dan disambut baik oleh Tuan Mohd Iqbal, Ketua Polis Daerah Langkawi serta pasukan keselamatan. Program ini adalah untuk menunjukkan sokongan kepada Kerajaan dalam usaha menangani wabak COVID-19


Sumbangan Baju Raya kepada Anak Yatim
Sumbangan Baju Raya dari Panorama Langkawi Sdn Bhd kepada Anak Yatim anjuran Dun Ayer Hangat disampaikan oleh Yang Berhormat Juhari Bulat dan Ir Abu Hashim Abdul Rahman selaku Pemangku Ketua Pegawai Operasi PLSB.


Program Jelajah Ramadhan Panorama Langkawi Sdn Bhd Bersama LADA 2019
Program Jelajah Ramadhan Panorama Langkawi Sdn Bhd Bersama LADA di Masjid Al Falah, Padang Kandang. Sumbangan Aidilfitri turut diberi kepada golongan yang memerlukan, diserahkan sendiri oleh YBhg Dr. Hezri Adnan KPE LADA dan Ir Abu Hashim Abdul Rahman selaku Pemangku Ketua Pegawai Operasi PLSB.


Majlis Iftar Ramadhan Panorama Langkawi Sdn. Bhd bersama Kakitangan PLSB
Majlis Iftar Ramadhan Panorama Langkawi Sdn Bhd bersama kakitangan telah diadakan pada 25hb Mei 2019 bertempat di Holiday Villa Beach Resort & Spa Langkawi. Majlis bermula pada jam 6 petang dan dihadiri oleh kakitangan serta ahli keluarga. Sumbangan telah disampaikan oleh Ir. Abu Hashim Bin Abd Rahman kepada beberapa kakitangan yang terpilih serta sumbangan duit raya kepada anak-anak kakitangan yang hadir.