Picture of Panorama Langkawi

Panorama Langkawi

Majlis Pelancaran “Ikon” Langkawi SkyCab

Panorama Langkawi Sdn Bhd merupakan anak syarikat milik penuh Lembaga Pembangunan Langkawi telah mengadakan majlis perlantikan ikon Langkawi SkyCab bertempat di Geopark Hotel, Oriental Village. Majlis penyerahan disempurnakan oleh YBhg Tan Sri Khalid Ramli selaku Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi merangkap Pengerusi Panorama Langkawi Sdn Bhd.

Ketua Pegawai Operasi Panorama Langkawi Sdn Bhd memaklumkan bahawa Ikon Langkawi SkyCab merupakan salah satu program CSR oleh syarikat untuk mendekatkan diri dengan masyarakat setempat dengan menaja pemain tenis yang terdiri daripada anak jati Pulau Langkawi. Pemain-pemain ini telah menyertai beberapa kejohanan diperingkat dalam dan luar negara.

Adik Mohamad Nabil (16 tahun) dari Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri dan adik Muhammad Shamil bin Mazlan (17 tahun) dari Kolej Vokasional Langkawi telah dipilih berdasarkan prestasi dan potensi mereka di arena sukan tenis. Mereka telah menyertai serta memenangi beberapa pertandingan seperti Hatyai International Tennis Championship, Kejohanan Tenis MSSK 2014 , To be number one Tennis International Championship, Langkawi Geopark International Junior Tennis Championship 2014. Pertandingan yang bakal disertai adalah BMW Malaysia National Circuit yang akan berlangsung pada 4 – 9 Februari 2015.

Inisiatif ini dapat meningkatkan motivasi untuk pemain yang terpilih dan diharap akan dapat mengharumkan nama Langkawi di arena sukan tenis antarabangsa.


event_ikon_langkawi_skycab_02

Share this post

Similar posts you might like...

Ikrar Bebas Rasuah Bersama SPRM

Hari ini menjadi saksi komitmen Panorama Langkawi Sdn. Bhd. dalam menolak rasuah! ✊ Dengan termeterainya Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama SPRM Negeri Kedah, kami berdiri teguh dalam memastikan integriti, ketelusan dan kebertanggungjawaban menjadi budaya kerja utama. Bersama kita bina masa depan yang lebih bersih dan bebas rasuah! 🇲🇾 #BebasRasuah #SPRM #langkawiskycab #panoramalangkawi

Read More »

Majlis Perkhidmatan Cemerlang PLSB 2024

https://panoramalangkawi.com/wp-content/uploads/2025/06/APC-24-lightway.mp4Seramai 104 penerima telah diraikan dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Panorama Langkawi Sdn. Bhd. (PLSB) bagi tahun 2024.Penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haslina, Pengerusi Lembaga Pengarah PLSB, bersama barisan Ahli Lembaga Pengarah yang lain.Sekalung tahniah diucapkan kepada semua penerima atas pencapaian cemerlang yang telah ditunjukkan. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga

Read More »

Selamat Datang Delegasi Dinas Kebudayaan dan Pariwisata Aceh ke Langkawi SkyCab!

https://panoramalangkawi.com/wp-content/uploads/2025/06/deligasi-dinas.mp4Kami di Langkawi SkyCab amat berbesar hati menerima kunjungan delegasi dari Dinas Kebudayaan dan Pariwisata Aceh, Indonesia hari ini.Lawatan ini menjadi ruang yang bermakna untuk berkongsi ilmu, pengalaman dan peluang kerjasama dalam memperkukuh industri pelancongan serantau.Semoga hubungan dua hala ini terus mekar dan membuka lebih banyak pintu kerjasama pada masa hadapan. #LangkawiSkyCab #lawatanrasmi #DINAS #pariwisata #indonesia #malaysia

Read More »

Latihan Working at Height (WAH) – Keselamatan Keutamaan Kami!

https://panoramalangkawi.com/wp-content/uploads/2025/06/latihan_WAH-2025.mp4Seramai 52 orang kakitangan Panorama Langkawi Sdn Bhd telah berjaya menjalani Latihan Working at Height (WAH) pada hari ini.Latihan ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan kami dalam memastikan aspek keselamatan dan kepakaran kerja di tempat tinggi sentiasa diberi keutamaan. Selaras dengan piawaian industri dan pematuhan keselamatan pekerjaan.Tahniah kepada semua peserta!  Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat

Read More »
Scroll to Top