lawatan-MKII-7
Picture of Panorama Langkawi

Panorama Langkawi

Lawatan Rasmi Menteri Kewangan II Ke Langkawi SkyCab

YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II, telah mengadakan lawatan rasmi ke Langkawi SkyCab semalam sebagai sebahagian daripada tinjauan beliau ke atas inisiatif pelancongan strategik dan pembangunan ekonomi setempat di Pulau Langkawi.

Dalam lawatan ini, YB Menteri telah diberi taklimat oleh pihak pengurusan Panorama Langkawi Sdn Bhd berkenaan operasi SkyCab, pencapaian semasa, serta cabaran dan peluang masa depan dalam memacu industri pelancongan tempatan.

YB Menteri turut menekankan komitmen Kerajaan dalam menyokong usaha pembangunan pelancongan sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi negara, khususnya dalam merangsang sektor pelancongan.
Langkawi SkyCab, yang terkenal sebagai salah satu sistem kereta kabel tercuram di dunia, kekal sebagai tarikan utama pelancong domestik dan antarabangsa, serta simbol pencapaian infrastruktur pelancongan negara.

Share this post

Similar posts you might like...

Langkawi SkyCab 23rd Anniversary

In celebration of Langkawi SkyCab’s 23rd anniversary, Panorama Langkawi Sdn. Bhd. marked the milestone with a heartfelt mission to give back to the community that has supported us since day one. This year, our anniversary celebrations focused on uplifting local families through donations to mosques across Langkawi, supporting their food banks and community aid programs.

Read More »

Ikrar Bebas Rasuah Bersama SPRM

Hari ini menjadi saksi komitmen Panorama Langkawi Sdn. Bhd. dalam menolak rasuah! ✊ Dengan termeterainya Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama SPRM Negeri Kedah, kami berdiri teguh dalam memastikan integriti, ketelusan dan kebertanggungjawaban menjadi budaya kerja utama. Bersama kita bina masa depan yang lebih bersih dan bebas rasuah! 🇲🇾 #BebasRasuah #SPRM #langkawiskycab #panoramalangkawi

Read More »

Majlis Perkhidmatan Cemerlang PLSB 2024

https://panoramalangkawi.com/wp-content/uploads/2025/06/APC-24-lightway.mp4Seramai 104 penerima telah diraikan dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Panorama Langkawi Sdn. Bhd. (PLSB) bagi tahun 2024.Penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haslina, Pengerusi Lembaga Pengarah PLSB, bersama barisan Ahli Lembaga Pengarah yang lain.Sekalung tahniah diucapkan kepada semua penerima atas pencapaian cemerlang yang telah ditunjukkan. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga

Read More »
Scroll to Top