Staff email login
CSR_backtoschool_2022_6
Panorama Langkawi

Panorama Langkawi

Sumbangan Back To School 2022

31 Mac 2022 | Panorama Langkawi Sdn Bhd (PLSB) merupakan anak syarikat Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA). Program Back to School ini diadakan bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar yang memerlukan dalam fasa pembukaan semula sesi persekolahan bagi tahun 2022. Sumbangan ini diberikan kepada pelajar-pelajar disekitar Pulau Langkawi yang terpilih sebagai penerima sumbangan. Seramai 133 orang pelajar telah menerima sumbangan ini yang diserahkan oleh YBrs. Tuan Zubir Ahmad Ahli Lembaga Pengarah PLSB merangkap Pengerusi Jawatan Kuasa CSR PLSB. Turut hadir bersama Cik Saniah Ismail Ahli Lembaga Pengarah PLSB merangkap Ahli Jawatan Kuasa CSR PLSB dan Tuan Ir Abu Hashim Abdul Rahman Ketua Jabatan Kejuruteraan PLSB bersama-sama di dalam program yang berlangsung pada hari ini. Pihak syarikat berharap dengan adanya sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan kewangan keluarga pelajar.

-Urusetia CSR PLSB-

#LADA#PLSB#CSR2022#BACKTOSCHOOL

Share this post

Similar posts you might like...

Scroll to Top

Panorama Langkawi Sdn. Bhd. (PLSB) telah didaftarkan pada 28 September 2002, sebelumnya dikenali sebagai Famous Venue Sdn.Bhd., Anak syarikat milik penuh Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB). 

Apa yang anda cari?