SkyGlide
Cara Mudah Mengunjungi SkyBridge

SkyGlide

Mengenai SkyGlide

SkyGlide adalah jenis pengangkutan kabin yang boleh bergerak ke atas dan ke bawah mengikut tahap kecondongan tertentu. Secara umum, reka bentuk kabin adalah seperti lif dengan penamat panel kaca di semua sisi. Ini untuk membolehkan pengunjung mendapat pemandangan gunung Machincang yang jelas dan sekitarnya. 

Pada masa ini, pengunjung yang ingin mengunjungi SkyBridge perlu berjalan kaki selama 10 minit melalui laluan hutan. Perjalanan singkat ini amat menyeronokkan tetapi agak mencabar terutama bagi golongan warga tua dan kanak-kanak. Namun dengan SkyGlide pengunjung akan mempunyai cara yang lebih pantas dan mudah untuk mengunjungi SkyBridge. 

Dengan kepanjangan trek sejauh 94 meter, kabin SkyGlide dapat memuat sehingga 12 penumpang atau muatan seberat 1050 kilogram setiap perjalanan. Tak sampai 2 minit perjalanan kabin dari stesen teratas ke SkyBridge. Tiket SkyGlide dijual secara berasingan dari tiket SkyCab biasa. 

Tiket hanya boleh didapati di kaunter tiket SkyGlide di stesen teratas kami. Dengan bayaran tambahan RM16 untuk dewasa dan RM11 untuk kanak-kanak, pengunjung dapat menggunakan SkyGlide untuk perjalanan turun dan perjalanan pulang anda. 

Bagi yang menyukai cabaran, anda mungkin lebih gemar untuk berjalan-jalan ke SkyBridge tetapi kemudian ingin merasai perjalanan SkyGlide kami untuk perjalanan pulang ke stesen teratas, anda boleh membeli tiket sehala di kaunter bergerak kami di SkyBridge.

Galeri SkyGlide

Meluncur ke bawah sambil menikmati pemandangan dengan gaya

Lain-Lain Aktiviti

Cari pengembaraan anda seterusnya di sini

SkyBridge

Oriental Village

SkyCab

6D Cinemotion

SkyRex

SkyBistro

VR Universal

Machinchang Petland

Scroll to Top