TERMASUK DALAM BUKU REKOD MALAYSIA
Kereta Kabel Mono Jangkauan Bebas Terpanjang
SkyCab
Dapatkan tempat duduk hadapan kereta kabel untuk alami sendiri pengalaman mengagumkan

SkyCab

Cerita SkyCab

SkyCab akan memberikan pengalaman yang unik menerusi perjalanan kereta kabel merentasi hutan-hutan tebal yang berusia 550 juta tahun menuju ke bahagian tertua di Asia Tenggara iaitu gunung Machincang. Gambaran ini sudah boleh membuatkan anda teruja jika anda faham cerita disebaliknya dan anda perlu dating untuk alaminya sendiri.

Stesen pangkalan kereta kabel terletak di kaki gunung Machincang. Dari sini, pengunjung akan dibawa ke gunung Machincang yang sejuk melalui sistem kereta kabel. Perjalanan ini akan menjadi pengalaman yang menggembirakan untuk dinikmati oleh semua orang. Anda juga akan dapat melihat sekilas flora dan fauna yang mengelilingi kawasan ini.

Perjalanan dari stesen pangkalan ke stesen pertengahan akan menempuh jarak sejauh 1,700 meter dan setelah sampai di stesen pertengahan pada ketinggian 650m dari paras laut, pengunjung akan dapat turun dan berjalan ke platform tinjauan. Di sini pengunjung akan dapat menggunakan kemudahan teropong bagi menyaksikan pemandangan 360 darjah yang indah. Pengunjung akan menikmati pemandangan pulau utama serta pulau-pulau di sekitarnya. Pengunjung juga dapat melihat flora yang unik dengan lebih dekat di laluan lembah berhutan antara stesen pertengahan dan stesen di puncak.

Menerusi perjalanan yang singkat dengan menaiki tangga ke stesen puncak pada ketinggian 708m dari paras laut akan membawa pengunjung ke dua platform tinjauan di puncak gunung Machincang. Pengunjung akan kagum dengan pemandangan dramatik dari kedua-dua platform ini dengan ciri-ciri yang yang unik dan mengasyikkan dimiliki Machincang sendiri. Puncak gunung ini memberikan pemandangan panorama 360 darjah yang meliputi kepulauan Langkawi dan Selatan Thailand yang menakjubkan selain pemandangan dramatis dari celahan yang berbukit pada puncak terpencil. Saat-saat manis dan pengalaman bersama alam semulajadi seperti ini jarang dapat dilihat di tempat lain kecuali di Langkawi.

Gondola Biasa

Setiap gondola boleh memuatkan 6 orang dengan berat keseluruhan 480kg.
Secara keseluruhan, terdapat 35 unit gondola normal ini dan memerlukan 15 minit untuk sampai ke stesen teratas.

Gondola Lantai Berkaca

Nikmati perjalanan dengan kehidupan semula jadi dengan Gondola Kaca Bawah

Sekiranya anda seorang yang ekstrem dan mencari pengalaman yang mendebarkan, gondola kaca bawah adalah jawapan anda. Cuba dan atasi ketakutan anda terhadap ketinggian. Anda akan dapat melihat pemandangan hutan dan gunung yang mempesonakan tepat di bawah kaki anda. Oleh kerana bahagian bawah gondola telus, anda akan dapat melihat pemandangan alam di bawah ini dengan jelas.

VIP Gondola

Privasi anda adalah keutamaan kami. Anda boleh mencuba salah satu produk mewah kami dimana privasi anda terjamin iaitu Gondola VIP dan ia akan memberikan kepuasan sepenuhnya kepada anda. Anda juga akan dihidangkan dengan makanan dan minuman. Nikmati perjalanan anda dengan melodi yang menenangkan sepanjang perjalanan anda.

 

360° Gondola

360 ° Gondola adalah produk terbaru Langkawi SkyCab yang akan memberi anda pengalaman yang berbeza. Dengan gondola reka bentuk terbuka, ia memberikan pengalaman yang mengujakan dan anda akan dapat menikmati pemandangan sekitarnya dengan angin sepoi-sepoi Gunung Machinchang dan pemandangan indah Langkawi dalam perjalanan anda ke puncak gunung.

Express Lane

Semasa musim puncak, barisan panjang tidak dapat dielakkan tetapi anda mempunyai pilihan. Apa yang anda perlu lakukan ialah membuat pilihan yang betul. Express Lane dapat menjmatkan masa menunggu berjam-jam ke 10 minit sahaja. Tanya juru-jual kami untuk Express Lane dan jangan kupa beli tiket Express Lane. Menjimatkan masa anda dan menjadikan perjalanan anda tidak dapat dilupakan.

 
Gondola Peribadi

Anda mahukan privasi dan kami memahaminya. Dapatkan tiket peribadi anda dan keseluruhan perjalanan adalah milik anda. Anda dapat menikmati pemandangan yang memukau dengan orang yang anda sayangi dengan privasi.

Galeri SkyCab

Alami Kegiranganya Sendiri

Lain-Lain Aktiviti

Cari pengembaraan anda seterusnya di sini

SkyBridge

Oriental Village

SkyGlide

6D Cinemotion

SkyRex

SkyBistro

Machinchang Petland

Scroll to Top