Oriental Village
Di mana anda boleh mendapatkan semuanya di satu tempat

Oriental Village

Mengenai Oriental Village

Terletak di kaki bukit Machinchang Cambrian Geoforest Park di pantai barat Langkawi, Oriental Village adalah pusat kepada Langkawi SkyCab dan Langkawi SkyBridge yang menjadi tarikan terkenal di Malaysia. Kawasan ini berjarak hanya 45 minit pemanduan dari Jeti Kuah dan hanya 20 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA).

Merupakan sebuah destinasi hebat untuk semua peringkat umur, Oriental Village yang seluas 25.944 ekar menawarkan anda pemandangan yang mengagumkan dengan tempat-tempat unik untuk dirakamkan menerusi gambar-gambar istimewa anda. Oleh kerana di dalam Oriental Village ini mempunyai pelbagai jenis hiburan untuk pengunjung, ia akan dapat memenuhi hari anda. Jadi, kunjungan sehari adalah wajib!

Bermula dari cenderamata pada harga terbaik, pakaian kasual hingga makanan lazat di lebih daripada 95 gerai, kedai dan kios, Oriental Village memiliki semuanya di satu tempat. Untuk kemudahan pelanggan, surau, ATM dan kios penukaran wang turut disediakan di sekitar Oriental Village.

Galeri Oriental Village

Di mana anda boleh menghabiskan sepanjang hari anda di sini

Lain-Lain Aktiviti

Cari pengembaraan anda seterusnya di sini

SkyCab

SkyGlide

6D Cinemotion

SkyRex

Telaga Tujuh

SkyBistro

SkyTrail

Machinchang Petland

Scroll to Top