collage_msut15
Panorama Langkawi

Panorama Langkawi

Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-15 Tahun Kereta Kabel Langkawi

 

LANGKAWI : 14 DISEMBER 2017 Kereta kabel Langkawi merupakan produk pelancongan ikonik yang terkenal dengan jolokan “The Steepest Cable Car Ride in the World” merupakan cetusan idea mantan Perdana Menteri Malaysia dan telah memulakan operasinya kepada umum mulai November 2002. Tahun 2017 merupakan tahun yang sangat bermakna kerana tahun ini merupakan tahun ke – 15 kereta kabel Langkawi beroperasi.

Kereta kabel Langkawi melalui penjenamaan Langkawi SkyCab dikendali dan diselenggara oleh Panorama Langkawi Sdn Bhd (PLSB) yang merupakan anak syarikat kepada Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).

Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-15 Kereta Kabel Langkawi yang dianjurkan oleh PLSB dengan kerjasama LADA buat julung – julung kalinya telah disempurnakan oleh KDYMM Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman. Majlis ini bertujuan untuk meraikan kecemerlangan Langkawi SkyCab sepanjang 15 tahun beroperasi serta sebagai tanda penghargaan kepada Warga PLSB, pengusaha industri dan penduduk Langkawi yang menjadikan Langkawi SkyCab sebagai produk pelancongan terkemuka di dunia .

Turut berangkat bercemar duli ke Majlis Sambutan ini ialah KDYMM Sultanah Maliha binti Tengku Ariff, Sultanah Negeri Kedah Darul Aman; DYTM Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah; dan DYTM Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff, Raja Puan Muda Kedah.

Yang Berhormat Dato' Ir. Nawawi Bin Haji Ahmad, Pengerusi Lembaga Pengarah Panorama Langkawi Sdn Bhd; Yang Berbahagia Dato’ Haji Azizan Bin Noordin, Ketua Pengawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Ir. Abu Hashim Bin Abd Rahman, Pemangku Ketua Pegawai Operasi Panorama Langkawi Sdn Bhd turut mengiring KDYMM Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman dan Kerabat DiRaja ke Majlis Sambutan ini.

Sepanjang 15 tahun Langkawi SkyCab beroperasi, pelbagai anugerah dan pengiktirafan telah diterima oleh PLSB. Antaranya ialah Malaysia Power Brand 2016/2017, Malaysia Tourism Quality Assurance (MyTQA), Langkawi Tourism Awards 2014/2015, TripAdvisor Certificate of Excellence dan beberapa rekod dalam The Malaysia Book of Records iaitu The Longest Free Span Mono - Cable Car, The First Stand Alone 360° Panorama Screen Dome Theatre, The Biggest 3D Mural dan The Biggest Indoor Projection Mapping bagi 3D Art Langkawi.

Mulai Januari sehingga November 2017, Langkawi SkyCab telah mencatatkan jumlah pengunjung seramai 1.2 juta orang. Para pelancong yang berkunjung ke Langkawi SkyCab akan menikmati produk-produk yang ditawarkan seperti SkyCab, SkyDome, SkyRex dan 3D Art Langkawi yang merupakan satu pakej berbaloi.

Share this post

Similar posts you might like...

Eagle’s Nest Skywalk Langkawi

LANGKAWI: Eagle’s Nest Skywalk Langkawi yang menjadi tarikan terbaharu pulau peranginan ini dijangka dibuka kepada orang ramai selepas pembinaannya siap sepenuhnya dalam tempoh dua bulan lagi. Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata projek tersebut yang dimulakan pada 2019 sebelum ini menghadapi pelbagai cabaran termasuk tempoh pandemik COVID-19 yang menyebabkan kerja-kerja pembinaannya

Baca Lagi »

Pelancaran Infotainment Panel & Interkom serta D-Connect (Panel Kawalan)

LANGKAWI: Syarikat pengendali kereta kabel SkyCab, Panorama Langkawi Sdn Bhd (Panorama Langkawi) membelanjakan RM8.2 juta bagi menaik taraf sistem keselamatan kemudahan itu demi menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna. Sebanyak RM4.4 juta diperuntukkan untuk pemasangan sistem kawalan kereta kabel dikenali sebagai D-Connect dan RM3.8 juta lagi untuk projek pemasangan interkom dan peranti maklumat dalam gondola. Timbalan

Baca Lagi »
Scroll to Top