Majlis Perasmian Machichang Strawberry Farm telah disempurnakan oleh YBhg. Dr Ahmad Hezri Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif LADA merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah PLSB. Program kerjasama antara PLSB dan Lang Agro Sdn Bhd ini akan memberikan pengalaman yang baru kepada pengunjung. Projek ini adalah projek rintis tanaman strawberry hidroponik di Langkawi. Sebanyak 400 pokok strawberry sebagai pemulaan projek Machinchang Strawberry Farm ditanam di Puncak Gunung Machichang.

Majlis Perkhidmatan Cemerlang PLSB 2024
Seramai 104 penerima telah diraikan dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Panorama Langkawi Sdn. Bhd. (PLSB) bagi tahun 2024.Penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haslina, Pengerusi Lembaga Pengarah PLSB, bersama barisan Ahli Lembaga Pengarah yang lain.Sekalung tahniah diucapkan kepada semua penerima atas pencapaian cemerlang yang telah ditunjukkan. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga